网上找的,放上来方便自己看,也方便下大家啦~~
不知道好不好,但参考下也不错啦.......
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis Novel Kembara Amira
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu.
Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.
Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.
Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.
Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.
Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.
Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpa mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu.
Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.
Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu.
Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tema & Persoalan
Tema novel ini ialah ketabahan dalam menjayakan sesuatu misi atau tugas tanpa mengenal erti putus asa dan takut.
Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya iaitu di tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran iaitu dia mendapat kecederaan iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana breknya mengalami kerosakan.
Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan kerja itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa bekas air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta.
Persoalan
1. Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.
2. Persoalan persahabatan yang erat dalam kehidupan
Contohnya, Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati antara satu sama lain.
3. Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan
Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.
4. Persoalan keberanian dalam menempuh cabaran
Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.
5. Persoalan kebijaksanaan dalam tindakan
Contohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan Malique.
6. Persoalan kesabaran dan ketekunan dalam melaksanakan tugasan
Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan itu.
7. Persoalan keikhlasan dalam setiap tindakan
Contohnya, Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya dan Ludin merawat Profesor Zaidah yang mengalami kecederaan di tangannya dengan ikhlas.
8. Persoalan kepatuhan terhadap arahan ketua
Contohnya, Pak Lias dan Dr. Zawawi taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu.
9. Persoalan hormat-menghormati dalam mengeratkan perhubungan
Contohnya, Amira menghormati emaknya dan juga orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin. Itai juga menghormati Ludin, Tau dan Profesor Zaidah.
10. Persoalan kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga
Contohnya, Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.
11. Persoalan sayang akan alam sekitar daripada kemusnahan
Contohnya, Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan haiwan yang terdapat di dalam hutan.
12. Persoalan ketaatan kepada perintah Tuhan
Contohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah menunaikan kewajipan mereka kepada Allah iaitu dengan menunaikan solat seperti solat subuh.
13. Persoalan permuafakatan dalam membuat keputusan
Contohnya, masyarakat kampung orang Asli berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti hendak membuat keputusan berkaitan dengan peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang terdapat ketulan emas.
14. Persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan
Contohnya, Amira berfikir dengan rasional dan bijaksana dalam membuat keputusan dengan menceritakan perkara yang sebenar kepada Ludin tentang peristiwa dia dan Itai mengambil ketulan emas di sungai, untuk dihadiahkan kepada Jacinta.
Dari : http://khirkassim.blogspot.com/
考试要到咯~~~~~ >~<
0 足迹:
发表评论
Facebook留言固然方便,不过在部落格留下你珍贵的足迹,更令人备感亲切哦!
别再嫌麻烦了,欢迎您也来留个脚印吧... :D